BMW selalu dijenamakan sebagai kenderaan mewah. Tapi baru-baru ni, sejumlah pengguna BMW rasa kecewa sebab pihak BMW mula paparkan iklan terus kat papan pemuka kenderaan depa.

Iklan yang naik tu ialah pasai Spider-Man, dan ramai pengguna tak sangka skrin dalam kereta mewah macam BMW pun boleh jadi tempat papar iklan macam ni.

Rata-rata pengguna rasa pelik sebab depa dah bayar mahal untuk kereta mewah, tapi masih kena tengok iklan kat skrin papan pemuka semasa memandu.