HONOR X9e Pro, telefon pintar flagship tahap pertengahan terbaru, dakwa dah rangkul lima gelaran terbaik industri sekali gus: bateri paling besar, paling kukuh, paling tahan air, skrin paling cerah dan siri paling laris dalam segmen pertengahan. Tumpuan utama pelancaran kali ni ialah bateri gergasi 11,000mAh.

Menurut data rasmi HONOR, dalam ujian makmal telefon ni boleh main video sambung-menyambung selama 66.8 jam dan dengar muzik 164.5 jam. Dia sokong pengecasan berwayar 80W dan pengecasan songsang 27W sekali, jadi boleh bagi kuasa kat earbuds, power bank, sampai telefon kawan bila kecemasan. Jangka hayat bateri rasmi sampai 6 tahun.

Lagi satu, pasai ketahanan, HONOR jemput petugas media tengok sendiri skrin ditembak peluru getah guna pistol udara, dan skrin tu kekal elok. Telefon ni juga dapat pensijilan IP68, IP69 dan IP69K, tahan air sampai kedalaman 10 meter.

Skrin dia capai kecerahan puncak 10,000 nit, naik 67 peratus berbanding generasi lepas, memang sesuai bila tengok telefon kat bawah terik matahari. Siri HONOR X pula dilapor jadi siri pertengahan paling laris di Malaysia empat generasi berturut-turut. HONOR X9e Pro akan dilancar rasmi pada 24 September.