Google ada tradisi tukar logo kat laman utama depa jadi rekaan istimewa dipanggil 'Doodle' bila ada sambutan-sambutan tertentu. Tapi untuk Hari Kebangsaan 2026 atau Hari Merdeka kali ni, Google tak reka doodle baru — depa guna balik rekaan yang sama macam tahun lepas.

Bagi pengguna yang selalu perasan perubahan kat laman carian Google tiap kali ada sambutan besar negara, mungkin sikit pelik bila logo tahun ni sama ja dengan tahun sebelum. Tapi ni bukan kali pertama Google buat macam tu untuk sesetengah sambutan tahunan.