Garmin baru ja lancarkan produk terbaru depa, CIRQA — penjejak kesihatan pertama Garmin yang dibuat tanpa skrin langsung. Alat ni digadang jadi pesaing kepada Whoop Band dan Google Fitbit Air yang dah lama popular dalam pasaran wearable tech.
CIRQA ni direka khas untuk dipakai sepanjang hari kat pergelangan tangan, jadi senang nak pakai masa tidur ka buat kerja harian. Sebab tak dak skrin, fokus dia lagi kepada data kesihatan yang tepat berbanding notifikasi ka fungsi smartwatch biasa.
Salah satu poin jual utama CIRQA ialah bateri yang tahan sampai 10 hari, jauh lagi lama berbanding kebanyakan smartwatch yang kena charge tiap-tiap hari ka dua tiga hari sekali. Ni mesti buat ramai yang berminat nak cuba, terutama yang dah bosan asyik charge alat wearable depa.