Dulu jam pintar setakat kira langkah dan tunjuk notifikasi ja, tapi sekarang dah lain cerita. Samsung bagi Galaxy Watch9, jam yang bukan setakat bergaya, malah boleh jadi 'health buddy' yang sentiasa ada kat pergelangan tangan.
Ciri paling menarik pada Galaxy Watch9 ni ialah pemantauan kesihatan berasaskan AI. Jam ni guna sensor BioActive untuk pantau pelbagai bacaan macam kadar denyutan jantung, tidur, kecergasan dan tahap pemulihan badan. Bukan setakat tunjuk data ja, malah bagi cadangan personal supaya pengguna tau apa yang patut diperbaiki.
Dari segi selesa pulak, Galaxy Watch9 datang dengan badan aluminium yang ringan serta tali jam baharu yang lagi lembut, jadi memang sesuai dipakai sepanjang hari termasuk waktu tidur. Prestasinya pulak dikuasakan cip Snapdragon Wear Elite, manakala skrin boleh capai kecerahan sehingga 3,000 nits, jadi tengok paparan bawah matahari terik pun masih jelas.
Data kesihatan yang dikumpul jam ni pun bukan sekadar nombor ja. Ciri macam Heart Health Score, Daily Cardio Load dan Fitness Index bantu pengguna faham keadaan badan sendiri dengan lagi mudah, sekali gus senangkan depa bina rutin sihat. Bagi yang suka pilih ikut gaya sendiri, Samsung sediakan beberapa pilihan tali macam Sports Band, Misty Band dan Fabric Band.
Harga Galaxy Watch9 di Malaysia bermula RM1,499 untuk versi 40mm (Bluetooth), manakala versi 44mm LTE plak dijual pada harga RM1,899. Bagi sesapa yang dah lama nak upgrade smartwatch, Galaxy Watch9 boleh jadi pilihan sebab bukan setakat aksesori, tapi teman harian yang bantu jaga kesihatan dengan lagi bijak.