Kesatuan Eropah (EU) buat tuduhan yang TikTok gagal lindung budak-budak bawah umur sebab tetapan akaun depa dedahkan pengguna muda ni kepada risiko macam buli siber dan tingkah laku pemangsa. Sebab tu la, syarikat ni kena hadap kemungkinan kena denda.

Menurut EU, akaun budak bawah umur patut ja boleh tengok oleh orang yang depa bagi kebenaran. Budak umur 13 tahun ke atas sekarang boleh guna TikTok.

"Tahap perlindungan yang tinggi tidak sepatutnya menjadi pilihan yang perlu diaktifkan pengguna; ia sepatutnya menjadi tetapan lalai," kata Ketua Teknologi EU, Henna Virkkunen.

TikTok pulak tegaskan depa komited nak jaga pengguna bawah umur dalam talian. EU dah mula siasat TikTok yang dimiliki syarikat China ni sejak 2024 bawah Akta Perkhidmatan Digital (DSA), undang-undang utama EU untuk kawal syarikat teknologi besar.

Dalam siasatan tu, EU jumpa pengguna bawah umur boleh buat akaun depa terbuka kepada umum, jadi sesiapa ja boleh tengok kandungan tu walaupun dak ada akaun TikTok pun. Malah, walaupun budak-budak set akaun depa peribadi, akaun tu senang ja nak jumpa melalui senarai orang yang depa ikut dan pengikut depa.

Brussels dah arah TikTok tukar tetapan lalai untuk akaun pengguna bawah umur yang set sebagai awam, supaya kandungan tu hanya boleh tengok oleh orang yang diterima oleh budak berkenaan. Jurucakap TikTok kata akaun remaja ada lebih 50 ciri privasi dan keselamatan yang dah ditetapkan, dengan akaun bawah 18 tahun set sebagai peribadi secara lalai.