Cloudflare baru-baru ni bagi tau depa dah perkenalkan dompet digital yang khas dibuat untuk tolong ejen AI (agentic AI) buat bayaran bagi pihak pengguna.
Sekarang ni, ejen AI dah makin banyak buat tugasan untuk orang ramai — dari urus jadual sampai la cari maklumat. Tapi satu kekangan besar yang masih ada ialah macam mana nak arahkan ejen AI tu buat bayaran secara terkawal, tanpa risiko lepas kawalan.
Dengan dompet digital baharu ni, Cloudflare cuba selesaikan masalah tu supaya proses bayaran oleh ejen AI boleh jadi lagi selamat dan terkawal untuk pengguna dan syarikat yang guna teknologi tersebut.