Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming, pertikai keselamatan data pelanggan Maxis lepas maklumat bil telefon peribadi dia didakwa didedah oleh sorang individu kat media sosial.
Dalam hantaran kat Threads, Khairul Aming mintak penjelasan dari syarikat telekomunikasi tu lepas ada orang kongsi jumlah tunggakan dan butiran akaun dia secara terbuka. "Mohon penjelasan daripada Maxis macam mana personal phone bill saya boleh leak," tanya dia. Orang yang buat tu dakwa Khairul Aming ada tunggakan bil RM498, tapi Khairul kata isu sebenar bukan pasai jumlah bil, tapi macam mana maklumat sulit tu boleh sampai ke tangan orang lain.
Susulan isu yang tular ni, Maxis keluarkan kenyataan rasmi cakap syarikat tengah siasat insiden ni. Hasil siasatan awal depa dapati ni insiden terpencil yang libat tindakan tanpa kebenaran, bukan kebocoran data yang jejas pelanggan lain. Maxis kata semua akses ke akaun pelanggan direkod dan dipantau sepenuhnya.
Syarikat tu turut cakap yang orang yang terlibat dalam insiden ni dah dikenal pasti, dan tindakan segera tengah diambik, termasuk tindakan undang-undang. Maxis mintak maaf kat Khairul Aming dan tegaskan komitmen depa untuk lindung privasi data pelanggan.
Insiden ni sekali lagi buat orang ramai risau pasai keselamatan data peribadi pelanggan, lagi-lagi maklumat sensitif yang sepatutnya cuma boleh diakses oleh pihak yang diberi kuasa ja.