Apple dah rasmi lancar program baru dipanggil 'Apple Upgrade', skim pajakan atau sewaan peranti yang dibuat sama-sama dengan platform pembiayaan Klarna. Skim ni bagi peluang kat pengguna di Amerika Syarikat untuk ada peranti flagship Apple guna bayaran bulanan yang lagi ringan sikit berbanding beli terus.
Program ni ada empat kategori peranti utama dengan tempoh pajakan berbeza-beza. iPhone boleh sewa 12 atau 24 bulan, bermula $17.99 sebulan (lebih kurang RM79). Apple Watch pulak bermula $11.99 sebulan (RM52.76), manakala Mac bermula $24.99 sebulan (RM109.96) untuk tempoh 24 atau 36 bulan. iPad plan yang paling murah, bermula $11.99 sebulan untuk tempoh sama macam Mac.
"Di Apple, kami sentiasa meletakkan pelanggan di pusat setiap perkara yang kami lakukan. Kami amat teruja kerana Apple Upgrade menawarkan cara pembayaran yang lebih fleksibel kepada pelanggan untuk memiliki peranti yang mereka gemari," kata Karen Rasmussen, Naib Presiden Apple Store Dalam Talian.
Proses mendaftar senang ja, boleh buat dalam talian atau pi terus kedai fizikal Apple Store, ambik masa beberapa minit ja. Semua permohonan akan lalu semakan kredit ringan yang dak jejaskan skor kredit orang yang mohon. Bila tempoh pajakan habis nanti, pelanggan boleh pilih nak upgrade ke model baru, beli terus peranti tu, atau pulangkan balik dan tamatkan penyertaan.
Sekali gus dengan pelancaran ni, Apple pun habaq depa dah tamatkan program lama iaitu iPhone Upgrade Program dan iPhone Payments di Amerika Syarikat. Pelanggan sedia ada boleh pilih nak beralih ke skim baru ni atau guna cara pembiayaan lain macam Apple Card Monthly Installments.