AirPods Pro 3 makin canggih lepas Apple keluaq iOS 27, yang bagi beberapa ciri baharu bukan ja pasai kualiti bunyi, tapi sampai la merambah dunia kecergasan dan kecerdasan buatan. Kalau dulu AirPods ni orang tau sebagai fon telinga yang power sikit sebab ada noise cancelling, sekarang Apple nak jadikan dia peranti pintar yang boleh buat lagi banyak benda.
Antara ciri yang paling ditunggu ialah Custom EQ. Selama ni Apple agak tertutup pasai talaan bunyi AirPods, pengguna cuma dapat pilihan terhad je nak sesuaikan ikut citarasa sendiri berbanding fon telinga jenama lain. Sekarang dengan Custom EQ, orang boleh la ubah sendiri frekuensi rendah, pertengahan, dan tinggi ikut apa yang depa suka — nak bass kuat ke, nak vokal jelas ke, semua boleh setkan sendiri. Ciri ni support AirPods Pro 3, AirPods Pro 2, AirPods Max 2, dan AirPods 4.
"AirPods direka bentuk dan dibangunkan oleh Apple untuk menghasilkan semula muzik, rancangan televisyen, filem dan panggilan dengan tepat. Jika anda lebih menggemari profil bunyi yang berbeza, anda boleh menyesuaikan bagaimana AirPods mempersembahkan sebarang audio yang dimainkan."
Lagi satu benda power ialah sokongan GymKit, guna sensor kadar denyutan jantung yang ada dalam AirPods Pro 3. Bila pi gim, iPhone cuma kena sentuh kat treadmill, pilih jenis senaman, terus boleh mula. Data kadar denyutan jantung dari AirPods dan data jarak, kelajuan, kecerunan dari treadmill akan digabung dalam app Fitness untuk bagi gambaran senaman yang lagi tepat. Ni bagus untuk orang yang tak berapa nak pakai Apple Watch tapi dah biasa guna AirPods dengar muzik masa exercise.
Selain tu, Apple pun perkenalkan Siri AI, versi Siri yang lagi power dan boleh berbual macam biasa, dibangunkan guna Apple Intelligence. Dengan semua ciri ni sekali gus, AirPods Pro 3 dah bukan sekadar fon telinga biasa — dia dah jadi macam peranti kecergasan dan pembantu pintar sekali dalam satu.