Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, sukan ada keupayaan unik untuk satukan masyarakat merentasi sempadan, budaya dan bahasa. Titah baginda ni disampaikan semasa menyempurnakan Majlis Penutupan Piala Dunia Woodball ke-10 dan Kejohanan Woodball Terbuka Antarabangsa Malaysia ke-26 di Dewan 2020, Kangar.
Baginda bertitah, kejayaan sebenar sukan bukan sekadar pada pingat yang dimenangi, tetapi pada nilai-nilai yang diterapkan sepanjang kejohanan berkenaan.
"Sepanjang kejohanan ini, kita telah menyaksikan standard kesukanan, disiplin, integriti, kecekalan dan sikap saling menghormati yang tertinggi. Nilai-nilai ini mewakili warisan sebenar kejohanan ini," kata Tuanku Syed Sirajuddin.
Turut berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil, bersama Waris Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail dan anakanda puteri, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Baginda turut bertitah, penganjuran kejohanan macam ni bagi sumbangan penting kat sektor pelancongan, pertumbuhan ekonomi, pertukaran budaya dan naikkan lagi kedudukan Perlis di peringkat antarabangsa. Pada dua kejohanan tu, Malaysia bawa balik tujuh pingat emas, 12 perak dan sembilan gangsa.