The Magnificent Baling 100 (TMB100) 2026 bakal buat comeback dengan skala lagi hebat, dalam usaha nak kukuhkan kedudukannya sebagai antara acara larian denai paling berprestij kat Malaysia. Acara ni bukan ja pasai lumba lari, tapi jadi platform nak angkat Baling sebagai destinasi pelari lasak dalam dan luar negara.
Pengarah Urusan Ten Senses (M) Sdn Bhd, Mohd. Bukhari Ismail, habaq laluan TMB100 memang mencabar, ada panorama gunung batu kapur ikonik dan hutan tropika yang cantik. Depa nak jadikan Baling destinasi sukan pelancongan bertaraf antarabangsa yang jarang ada kat tempat lain.
"Dengan kos penganjuran dianggarkan hampir menelan belanja RM2 juta, penganjuran TMB100 2026 turut dijangka memberi impak ekonomi sebanyak RM7.8 juta setempat menerusi kehadiran kira-kira 11,400 pengunjung dan 4,200 peserta dalam dan luar negara." kata Mohd. Bukhari Ismail.
Duit tu dijangka sampai terus kat peniaga kecil, usahawan tempatan, pengusaha inap desa, pemandu e-hailing, sampai sektor perkhidmatan pelancongan setempat. Acara dua hari ni bermula 31 Julai, dan jadi pemangkin pembangunan sukan kat daerah Baling serta Kedah secara keseluruhan.
Turut hadir sekali masa sidang media tu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan negeri, Datuk Mohd. Salleh Saidin, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, Muhamad Radhi Mat Din, dan Pegawai Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahaya. Tahun ni pun ada acara baru, The Cultural Jam, yang bekerjasama dengan Baling Escapade Festival (BEF) 2026 dan Smartfix Pro Centre, rangkaian pusat servis gajet yang terkenal kat wilayah utara.
Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn Bhd, Rayme Zainal, cakap festival ni nak tambah kemeriahan sambil galak keusahawanan tempatan, libatkan peniaga-peniaga Baling dan sekitar, sekali gus promosi seni budaya dan makanan tradisi tempatan menerusi Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta. Dua acara ni dapat sokongan MOTAC, Tourism Kedah, MARA Kedah, KEDA dan Majlis Daerah Baling.