ALOR SETAR – Pasukan bolasepak Kedah dah pasang niat nak sampai sekurang-kurangnya separuh akhir dalam Kejohanan Bolasepak Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2026 yang bakal bermula 18 September ni.

Pengurus pasukan, Datuk Zuraidi Rahim, habaq skuad kali ni ada gabungan pemain muda berbakat yang dah ada pengalaman berlaga di peringkat negeri dan kebangsaan. Tambah lagi, pelantikan bekas pemain import Kedah, Nelson Sam Martin, sebagai jurulatih baharu pun diharap boleh perkuatkan lagi pasukan.

"Saya harap dengan barisan pemain yang ada serta bimbingan jurulatih baharu, pasukan dapat memberikan saingan terbaik dan pergi lebih jauh dalam kejohanan kali ini," kata Zuraidi.

Kali ni Kedah masuk Kumpulan D sekali dengan Melaka, PDRM FA dan Kelantan AZM. Depa akan mula laga dengan Melaka pada Jumaat ni, lepas tu sambung lawan Kelantan AZM di Padang UKM Turf pada 19 September.

Aksi peringkat kumpulan akan ditutup bila Kedah bersua PDRM FA pada Ahad depan. Peminat bola Kedah tentu berharap skuad Hijau Kuning boleh bagi persembahan terbaik dan lepas kumpulan kali ni.