GEORGE TOWN – Penang FC dapat kemenangan pertama depa dalam saingan MFL Liga Super 2026/2027 lepas benam cabaran Kelantan Red Warrior 3-2 di Stadium Bandaraya petang tadi. Perlawanan ni penuh drama sebab hampir ja nak berakhir seri 2-2, tapi tandukan kapten pasukan Stefano Brundo masa tambahan yang tentukan Penang FC menang dalam perlawanan keempat liga musim ni.

Dua gol lain Penang FC sebelum tu dijaringkan oleh penyerang Jarvey Gayoso minit keempat, sebelum Enzo Calestine sumbat gol kedua minit ke-52.

Ketua Jurulatih Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail, habaq kat sidang media pasukan dia sepatutnya boleh menang dengan lebih senang.

"Bukan tidak bersyukur dengan kemenangan ini, tetapi beberapa kesilapan mudah telah menyebabkan Penang FC berdepan tekanan sehingga ke minit terakhir sebelum berjaya mendapatkan jaringan kemenangan," kata Wan Rohaimi Wan Ismail.

Dia tambah, pemain-pemain kena tenang sikit dan jangan terlalu ghairah nak dapat kemenangan pertama sampai terburu-buru bila ada peluang. Wan Rohaimi pun cakap semua bahagian pasukan — midfield, pertahanan dan striker — masih ada ruang nak diperbaiki, dan dia rindu nak tengok balik permainan macam masa lawan persahabatan kat Thailand dan Surabaya dulu.