GEORGE TOWN — Pulau Pinang buat sejarah bila jadi tuan rumah edisi pertama Kejohanan Sukan Pelbagai Pekak Asia Pasifik 2026, yang himpunkan 532 atlet dari 19 negara. Majlis makan malam dan penghargaan kejohanan ni berlangsung di St. Giles Wembley, George Town.
Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen, habaq penganjuran kejohanan ni bukan sekadar platform pertandingan sukan ja, tapi jadi medium penting untuk pupuk persahabatan dan raikan kepelbagaian dalam komuniti sukan pekak serantau. Beliau yang mewakili Ketua Menteri Chow Kon Yeow turut cakap Pulau Pinang berbangga dapat kepercayaan jadi hos kejohanan yang satukan atlet, pegawai dan pemimpin sukan dari macam-macam negara.
"Bagi Pulau Pinang, penganjuran kejohanan ini merupakan peluang untuk membuktikan bahawa sukan mempunyai kuasa menyatukan kita tanpa mengira latar belakang, bahasa atau keupayaan," kata Daniel Gooi Zi Sen.
Kejohanan yang jalan dari 3 hingga 10 Oktober ni pertandingkan lapan sukan termasuk olahraga, badminton, boling tenpin, ping pong dan catur. Daniel pun ajak oghang ramai tempatan mai beri sokongan kat atlet yang bertanding, sekali tingkatkan kesedaran pasai potensi dan pencapaian komuniti pekak dalam bidang sukan.
Dalam perkembangan lain, Daniel bagi tau Kerajaan Negeri tangguh dulu Hari Sukan Negara yang dijadual berlangsung hujung minggu ni, sebab situasi jerebu yang buat kebanyakan tempat kat Pulau Pinang catat indeks pencemaran udara (IPU) tak sihat.