Persiapan penganjuran Kejohanan Berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 kini dah sampai tahap 95 peratus, dengan hanya mesyuarat penyelarasan membabitkan dua daerah iaitu Sepang dan Shah Alam, Selangor ja yang belum dimuktamadkan. Laluan pendakian Gunung Jerai pulak dijangka jadi tarikan utama bila pihak berkuasa tempatan serta Persatuan Berbasikal Negeri Kedah nak jadikan lokasi tu sebagai 'mini Genting'.
Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal habaq, kawasan khas untuk peminat akan disediakan sekitar zon pendakian Gunung Jerai supaya penonton boleh tengok dekat aksi pelumba sampai la ke garisan penamat.
"Mereka mahu gunakan peluang ini sebaik mungkin kerana mereka tahu sambutan di Genting luar biasa, jadi kenapa tidak di Jerai?" kata Emir Abdul Jalal.
Tambah dia, dari kaki gunung lagi memang dah ada sambutan dan bila naik sampai ke penamat, memang akan penuh dengan penonton kat kawasan yang ditetapkan tu. Kesemua 20 pasukan yang sahkan penyertaan dijangka bawa sekurang-kurangnya dua pakar pendakian untuk tempuh laluan berbukit ni, dan antara yang dijangka curi tumpuan ialah pasukan TotalEnergies yang bakal turunkan enam pelumba pendaki, termasuk bekas pemenang jersi Raja Bukit Giro d'Italia 2021 dan Vuelta a Espana 2019, Geoffrey Bouchard, sekali dengan Jordan Jegat.
Perebutan jersi Raja Bukit dijangka sengit membabitkan pendakian Gunung Jerai, Cameron Highlands dari arah Tapah, dan Genting Highlands. Sebab tu, penganjur naikkan mata bagi zon 'Hors Categorie' (HC) daripada 15 kepada 25 mata, jadi kutipan mata penuh kat Gunung Jerai, Cameron Highlands dan Genting Highlands memang bernilai betui-betui. LTdL 2026 ni akan berlangsung dari 27 September hingga 4 Oktober, edisi ke-30 penganjurannya, dengan lapan peringkat perlumbaan sejauh 1,285.5 kilometer (km) kesemuanya.