GEORGE TOWN — Kerajaan negeri Pulau Pinang tunda penganjuran Hari Sukan Negara Peringkat Negeri yang dijadualkan jalan esok, susulan keadaan jerebu yang tak sihat.
Exco Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen habaq, keputusan tu dibuat demi jaga-jaga keselamatan ngan kesihatan atlet serta oghang ramai yang dijangka sertai acara kat Kompleks Sukan dan Rekreasi Bukit Mertajam tu.
Menurut dia, keputusan ni diambil lepas pemantauan dapati bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di empat stesen pemantauan kat Pulau Pinang dah berada pada tahap tak sihat, lebih 100.
"Keempat-empat stesen pemantauan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pulau Pinang kini mencatatkan bacaan pada tahap tidak sihat. Susulan itu, selepas bermesyuarat dan meneliti keadaan jerebu petang tadi, kami memutuskan untuk menunda sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini, memandangkan keadaan jerebu dijangka berlarutan. Kesihatan dan keselamatan orang awam sentiasa menjadi keutamaan kami," kata Daniel Gooi.
Tarikh baharu untuk Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Induk sambutan tu lepas keadaan jerebu beransur pulih.