Keadaan udara di seluruh negara makin membimbangkan sebab jerebu, tapi orang utara boleh lega sikit. Setakat pukul 4 petang tadi, hanya lima kawasan ja di seluruh Malaysia yang masih catat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sihat.

Lagi elok, kesemua lima kawasan tu ada kat utara — Alor Setar ngan Langkawi (Kedah), Kangar (Perlis), sekali dengan Minden ngan Balik Pulau (Pulau Pinang). Bermakna, Kedah, Perlis ngan Pulau Pinang ja yang masih boleh bernafas lega sikit berbanding negeri-negeri lain.

Sementara tu, 30 stesen lain catat bacaan sederhana, manakala 31 stesen lagi dah masuk tahap tidak sihat. Kat Sarawak plak lagi teruk — Samarahan catat IPU 186, Kuching 183 ngan Sarikei 174, semuanya tahap tidak sihat. Serian pulak paling teruk sekali dengan bacaan 213, tahap sangat tidak sihat.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil habaq Malaysia sedia hulur bantuan aset ngan kepakaran untuk bantu Indonesia padam kebakaran hutan kat Kalimantan yang jadi punca jerebu rentas sempadan ni. Senarai aset yang boleh diguna tu dah pun disampaikan kat Indonesia lalu saluran diplomatik, lepas dimaklumkan kat Jemaah Menteri oleh NADMA ngan Kementerian Luar.