ALOR SETAR – Temasya Orang Kedah (TOK) 2026 berjaya tarik 560,000 pengunjung, lagi ramai dari sasaran yang dibuat, habaq Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Temasya yang dianjurkan bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) ni diadakan 31 Julai lepas. Bukan ja lepasi sasaran 550,000 pengunjung, malah pengunjung tahun ni lebih 20,000 orang berbanding TOK tahun lepas.
"Tahun lalu, kehadiran TOK seramai 540,000 orang. Tahun ini 2026, kehadiran 560,000 orang. Sasaran kita naik 10,000, rupanya 20,000. Maknanya lebih ramailah lagi yang hadir," kata Sanusi.
Beliau habaq masa sidang media lepas mesyuarat mingguan EXCO kat Wisma Darul Aman tu, harap program macam ni boleh terus buat lagi, dengan sasaran seterusnya sejuta orang.
Sanusi pun bagi tau, sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) yang dilancar tahun lepas, Kedah dah catat 9.2 juta pelancong dalam dan luar negara – 2.1 juta pelancong luar negara, dan 7.1 juta pelancong domestik. Depa cakap Kedah nak buat lagi banyak lokasi menarik untuk tarik lagi ramai pelancong, sebab ekonomi sekarang banyak bergantung pada sektor pelancongan ni.