Tiga lelaki warga tempatan kena tahan pasukan Maritim Malaysia lepas depa didapati guna rawai cakar untuk tangkap ikan kat perairan Pulau Tikus, George Town, baru-baru ni. Bot gentian kaca yang depa guna tu tak ada nombor pendaftaran pun.

Pengarah Maritim, Kepten Muhammad Suffi Mohd. Ramli, habaq operasi ni dibuat lepas pihak depa terima aduan melalui sistem FISHCOM pasai sebuah bot gentian kaca, dalam pukul 12.30 tengahari. Lepas tu, bot berkenaan berjaya dikesan kira-kira 0.1 batu nautika di Timur Laut Pulau Tikus, pukul 2.15 petang.

"Mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8(a) kerana tidak memiliki lesen yang sah serta Seksyen 26 kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan menggunakan cara atau peralatan yang dilarang iaitu rawai cakar," kata Muhammad Suffi.

Ketiga-tiga lelaki tu terus kena tahan, manakala bot depa diiring pi Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban sebelum diserah kat Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Maritim Negeri untuk siasatan lanjut.