ALOR SETAR – Temasya Orang Kedah (TOK) 2026 terus dapat sambutan hebat bila dianggar 550,000 pengunjung membanjiri pekarangan Stadium Darul Aman, kat sini sejak mula pada Khamis lalu dan berakhir malam ni.

Temasya kali keenam ni dianjurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah, Kedah Tourism dan Nabilah Bahrin Group Sdn. Bhd. Dengan slogan 'pakat mai meneqhu', TOK bawa keunikan seni, budaya, warisan, gastronomi dan gaya hidup orang Kedah untuk sokong Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) sekali gus rancakkan pelancongan budaya negara.

Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Shaharuddin Abu Sohot, habaq Kalendar Pelancongan Budaya sempena VM2026 bagi setiap negeri dah disusun untuk kukuhkan sektor pelancongan negara menerusi pengisian seni, budaya dan warisan.

"Langkah strategik ini bertujuan mengangkat kebitaraan seni tempatan sebagai produk pelancongan berimpak tinggi yang bukan sahaja berupaya menjana pulangan ekonomi, malah berperanan sebagai medium pendidikan, promosi serta pengukuhan identiti seni dan budaya negeri," kata Shaharuddin.

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin, berkenan sempurnakan majlis perasmian TOK. Antara aktiviti yang ada termasuk persembahan kesenian, pameran pelbagai agensi, permainan tradisi orang dulu-dulu serta demonstrasi dan jualan makanan tradisi. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, cakap penganjuran TOK ni tanda kecintaan kat warisan seni budaya yang diwarisi turun-temurun.