ALOR SETAR — Polis tangkap balik aktivis Tamim Dahri Abdul Razak sat lepas tempoh reman dua hari dia habis hari ni. Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Khairul Azhar Nuruddin habaq, Tamim Dahri, 33 tahun, ditahan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Langkawi berhubung satu kes yang disiasat ikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Kata dia lagi, sejurus reman habis, suspek kena tangkap balik berhubung laporan polis Kuah yang disiasat ikut seksyen sama, dan suspek akan didakwa kat Mahkamah Majistret Langkawi esok.
Suspek ni sebelum ni pernah ditahan pada 18 Julai kat IPD Port Dickson untuk bantu siasatan ikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, sebelum kena reman dua hari bermula 19 hingga 20 Julai. Media sebelum ni ada lapor yang Tamim Dahri disyaki lari ke luar negara sebab kes ugut melalui Facebook, tapi last-last dia serah diri jugak kat IPD Port Dickson Sabtu lepas.
Siasatan atas aktivis ni bermula lepas polis terima laporan daripada seorang lelaki keturunan India pada 10 Mac lepas, yang dakwa kena ugut oleh suspek melalui Facebook.
Sementara tu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad dilapor berkata siasatan lanjut dapati suspek berada kat Thailand lebih empat bulan sebelum balik ke Malaysia melalui laluan tak sah kat sempadan Kelantan. Lepas sampai Malaysia, suspek terus serah diri kat IPD Port Dickson untuk bantu siasatan.