Kerajaan patut serah ‘kuasa’ kepada pesawah untuk ambik sendiri input pertanian depa menerusi subsidi yang diberi, tanpa lalu sistem vendor atau pembekal berkaitan. Ni cadangan Pengerusi Suara Tani Malaysia, Mohd. Shazwan Suban, kepada Utusan Malaysia semalam.

Beliau habaq, kalau sistem bekalan baja dan racun bersubsidi masih bergantung kepada pembekal yang dilantik, pesawah yang kena tanggung kesannya bila timbul masalah bekalan macam yang dihadapi sekarang.

"Kalau kerajaan benar-benar mahu memutuskan ruang ketirisan, beri kuasa membeli kepada pesawah. Kreditkan subsidi terus kepada pesawah dan biarkan pesawah memilih baja, racun dan benih yang memenuhi spesifikasi." kata Mohd. Shazwan Suban.

Kelmarin Utusan Malaysia laporkan, pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) minta kerajaan salurkan subsidi input pertanian, terutama baja dan racun, terus kepada depa lalu MyKad macam mekanisme Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Cara tu diyakini boleh atasi masalah bekalan lewat dan kualiti yang hantui pesawah setiap musim, sekali dah terbukti berkesan daripada sebarang ketirisan. Lalu MyKad, pesawah cuma boleh beli barangan yang ditetapkan dan tak boleh tukar kepada tunai atau barang lain.

Mohd. Shazwan sokong cadangan tu. Katanya, pesawah dah cukup lama jadi pihak yang paling lama menunggu, akhirnya terpaksa terima apa ja yang sampai bila ada kelewatan. Lagi satu, beliau cadang kerajaan bagi keutamaan kepada syarikat bumiputera yang betui-betui layak dari segi kewangan, stok, logistik, kualiti dan rekod baik. Beliau sekali minta harga siling ditetapkan, supaya subsidi yang bagi kepada pesawah tak jadi habuan pembekal bila harga barang dinaikkan.