Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Perai meraikan ulang tahun ke-100 dengan acara SJKT Perai 100 Years Excellence Fun Walk di perkarangan sekolah tu pagi tadi. Sekolah ni diasaskan sejak tahun 1926.

Larian ria anjuran Persatuan Bekas Pelajar SJKT Perai tu berjaya kumpul alumni, warga sekolah, ibu bapa dan oghang kampung sekeliling. Guru Besar T.C. Sritharan dan Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar P. Mogana sekali hadir.

"Genap satu abad bermakna sekolah ini bukan sahaja telah berdiri teguh selama 100 tahun, malah telah menjadi sebahagian daripada lembaran sejarah, perkembangan dan nadi kehidupan masyarakat di Perai."

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, yang merasmikan acara tu habaq, Kerajaan Negeri sudah salurkan RM2.42 juta pada April lepas untuk 28 SJKT dan 11 tadika di bawah SJKT. Daripada jumlah tu, RM1.34 juta lalu Penang Education Council untuk infrastruktur digital dan program STEM, manakala baki RM768,901 terus ke PIBG 28 sekolah tu.

Exco Perumahan dan Alam Sekitar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Sekolah Tamil Pulau Pinang bagi tau, kerajaan negeri nak bina tiga bangunan baharu sekolah Tamil, iaitu di Rajaji, Sungai Bakap dan Juru, dalam satu penggal ni.