Siasatan pasai insiden perlanggaran antara kapal tangki MV Mekar Jaya dengan Feri Teluk Bahang yang jadi 1 September lepas, kini dah sampai peringkat akhir. Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin, habaq lepas siasatan siap, pihaknya akan hantar laporan penuh pasai insiden tu kat Kementerian Pengangkutan (MOT).

"Kita telah sampai ke peringkat akhir (siasatan) dan selepas siasatan habis, kita akan hantar laporan akhir kepada MOT. Secepat mungkin," kata Yeoh Soon Hin.

Yeoh cakap macam tu kat wartawan masa dia hadir program Keretapi Sarong 2026 kat Muzium Feri Pulau Pinang, George Town.

Dalam kejadian lebih kurang pukul 8.40 malam tu, Feri Teluk Bahang sedang dalam perjalanan pi Terminal Feri Sultan Abdul Halim (PSAH), manakala kapal tangki tu pulak dalam perjalanan dari Dermaga Air Dalam, Butterworth, nak pi Terminal Persiaran Swettenham.

Akibat perlanggaran tu, seramai 21 penumpang dilaporkan cedera ikut laporan awal. Tapi hampir semua yang cedera tu disahkan tak serius dan cuma dirawat sebagai pesakit luar ja.