JITRA – Sepasang suami isteri yang dilapor ilang sekali dengan anak lelaki depa sejak 20 Julai lalu akhirnya mai serah diri kat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Radzi Abdul Rahim habaq lelaki dan wanita berusia 39 dan 36 tahun tu sampai kat IPD Kubang Pasu lebih kurang pukul 1.50 pagi.
"Pasangan suami isteri itu akan dibawa ke Mahkamah Jitra pada pagi ini untuk proses reman," kata Mohd. Radzi.
Sebelum ni polis sedang mengesan tiga sekeluarga dari Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam lepas depa dilapor ilang sejak 20 Julai. Laporan kehilangan yang libatkan pasangan suami isteri tu sekali dengan anak depa berusia 9 tahun dibuat oleh bapa kepada wanita tu, yang berusia 62 tahun. Ahli keluarga cakap kali terakhir depa boleh hubungi tiga beranak ni ialah pada 20 Julai, sebelum depa terus tak dapat dihubungi.
Siasatan lalu rakaman CCTV kat kawasan perumahan tu dapati tiga beranak ni balik rumah guna kenderaan pukul 1.12 pagi hari Isnin tu, sebelum kelua balik lebih kurang sejam lapan minit kemudian. Dalam perkembangan sama, polis sebelum ni tak menolak kemungkinan kehilangan tiga beranak ni ada kaitan dengan hutang main kutu, susulan satu laporan polis yang diterima daripada seorang lelaki berusia 23 tahun yang mendakwa rugi lebih kurang RM25,000.