Dua budak kecik dari Seberang Perai yang tengah lawan penyakit atrofi otot spina (SMA) kini dalam proses pemulihan lepas depa berjaya jalani rawatan terapi gen di Jakarta, Indonesia. Rawatan tu berjaya sebab sumbangan orang ramai yang capai RM1.04 juta.

Pengerusi One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau, habaq Muhammad Hadeef Fayyadh Mohd. Farhan, dua tahun, dan Muhd Iman Hafiz Muhammad Syafiq, lima tahun, bertolak ke Jakarta pada 23 Ogos lepas sebelum jalani terapi gen esok harinya. Lepas tu, dua-dua budak ni dibenarkan balik pada 27 Ogos lepas beberapa hari dalam pemantauan hospital.

"Mungkin ia hanya satu langkah kecil, namun bagi dua kanak-kanak yang sekian lama berjuang melawan SMA, langkah itu bakal menjadi satu detik yang amat bermakna," kata Chua Sui Hau.

Selepas ni, dua-dua budak tu kena buat fisioterapi secara intensif nak kuatkan otot kaki, dengan harapan suatu hari nanti depa boleh belajar berdiri, lepas tu melangkah dengan lebih yakin.

Chua Sui Hau habaq, peluang dua-dua budak ni nak dapat rawatan tu mula-mula macam mustahil ja sebab kos terapi gen yang tinggi, jauh dari kemampuan keluarga. Tapi lepas sokongan orang ramai, sumbangan demi sumbangan berjaya dikumpul sampai akhirnya dua-dua budak ni dapat peluang nak dapat rawatan tu.