Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) keluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat yang bakal melanda beberapa kawasan sekitar Semenanjung, termasuklah Kedah dan Pulau Pinang, sah sampai pukul 6 petang ni.

Kat Kedah, kawasan yang kena jaga-jaga termasuklah Langkawi, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Pulau Pinang dan Perak pun sama kena amaran ni sekali.

MetMalaysia habaq, keadaan cuaca buruk ni turut melanda beberapa negeri lain macam Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah dalam tempoh yang sama.

Menurut jabatan tu, amaran hujan lebat ni dikeluarkan bila ada tanda ribut petir dengan intensiti hujan lebih 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku lebih sejam. Amaran ni jenis jangka pendek ja, sah dalam tempoh dak lebih enam jam untuk setiap keluaran.