Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 68 bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), George Town, petang semalam. Mangsa dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa di atas bumbung aras enam bangunan tu lepas kejadian berlaku sekitar pukul 4.17 petang.
Ketua Zon 1 Pulau Pinang, Penguasa Kanan Bomba I Jamil Abdullah @ Othman habaq, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai bersama sebuah jentera terus digerakkan ke lokasi sebaik ja terima panggilan kecemasan pasai kejadian tu.
"Pada masa yang sama, pasukan bomba juga berdepan kesukaran akibat keadaan permukaan bumbung yang agak licin akibat hujan ketika itu," kata Jamil Abdullah @ Othman.
Operasi ambik turun mangsa kena buat guna sistem tali dan pengusung sebab kedudukan mangsa berada di kawasan tinggi dan payah nak sampai. Kerja-kerja tu dapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan siap sepenuhnya lebih kurang pukul 7.09 malam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad habaq, siasatan dapati mangsa warga tempatan yang berasal dari kawasan Macallum. Selain cedera parah bahagian kepala, hampir semua anggota badan mangsa pun cedera teruk akibat impak jatuh dari tempat tinggi tu. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat, manakala siasatan awal dak jumpa sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (LMM) buat masa ni.