Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dah keluar amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang kat tujuh buah negeri sampai jam 7 malam ni, termasuk Pulau Pinang dan Kedah.
Kat Pulau Pinang, amaran ni melibatkan seluruh negeri tu. Kat Kedah pulak, daerah yang kena habaq jaga-jaga ialah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, ngan Bandar Baharu.
Selain dua negeri utara ni, amaran sekali kena kat beberapa daerah Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak ngan Sabah.
MetMalaysia habaq, amaran ni dikeluarkan bila ada tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan lebih 20 mm sejam yang hampir jadi atau dijangka jadi lebih sejam. "Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.