GEORGE TOWN — Hospital Adventist Pulau Pinang bakal buat program Action for Jantungku pada 27 September ni kat Gurney Plaza, khas nak bagi tau orang ramai lagi peka pasai penjagaan dan pencegahan penyakit jantung.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen habaq kesedaran awam ni penting sebab penyakit jantung iskemik jadi punca utama kematian kat Pulau Pinang pada 2024, iaitu 12.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian.

"Situasi ini menunjukkan pendekatan terhadap kesihatan jantung tidak boleh hanya bermula apabila seseorang tiba di hospital dalam keadaan kecemasan, sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada pencegahan, pengesanan awal, gaya hidup sihat serta keupayaan masyarakat bertindak ketika kecemasan berlaku," kata Daniel Gooi Zi Sen.

Beliau habaq macam tu masa sidang media sempena Hari Jantung Sedunia 2026 yang dianjurkan sama-sama dengan Hospital Adventist Pulau Pinang pada 11 September lalu. Hadir sekali Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif hospital tu, Albin Phua, dua pakar kardiologi hospital, serta wakil dari Gurney Plaza dan Viatris Malaysia.

Zi Sen cakap Kerajaan Negeri pun terus perkukuh kesiapsiagaan komuniti lewat Program Penang Safe Heart yang bermula sejak 2015 — dah lebih 1,000 unit AED dipasang kat 600 lokasi awam seluruh negeri. Lagi satu, Program Future Heroes bagi latihan CPR dan AED pulak dah diperluaskan ke semua 129 sekolah menengah kat Pulau Pinang, sasaran nak lengkapkan pelajar dengan kemahiran menyelamatkan nyawa ni menjelang 2028. Tahun lepas, dalam 2,292 pelajar dari 27 sekolah sertai salah satu latihan CPR dan AED terbesar kat Pulau Pinang sampai dapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Selain tu, hospital tu pun ada peruntukkan hampir RM500,000 dari dana kebajikan untuk bagi rawatan pembedahan pintasan arteri koronari (CABG) percuma kepada 10 pesakit kurang berkemampuan dari Hospital Pulau Pinang. Orang ramai digalak sertai Action for Jantungku pada 27 September ni, sekali belajar CPR dan tau lokasi AED yang paling dekat dengan depa.