Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan teruskan juga penganjuran Pesta Pulau Pinang tahun ni, walaupun tapak asal kat 'Tapak Pesta Sungai Nibong' tu dah tak boleh dipakai macam dulu-dulu. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow habaq lokasi baharu tengah dipertimbangkan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) supaya acara ikonik ni boleh terus dianjurkan.

"Maka kita menimbang untuk meneruskannya di mana, dan kita mendapat kerjasama daripada PERDA yang menawarkan tempat di Kubang Menerong," jelasnya.

Beliau cakap perkara ni lepas rasmikan Majlis Penutupan Pertandingan Pidato Penang2030 Peringkat Kebangsaan 2026. Kon Yeow tau tapak baharu tu tak sebesar Sungai Nibong, tapi dia rasa sesuai ja untuk teruskan legasi Pesta Pulau Pinang. Mesyuarat Exco pun dah putuskan nama 'Pesta Pulau Pinang' tu kekal dipakai sebab dah jadi jenama yang dikenali lebih setengah abad.

Pihak urus setia dah mula buat persiapan untuk penganjuran yang bakal jalan sebulan, bermula 1 hingga 31 Disember ni. Sebagai rekod, edisi 2025/2026 di Sungai Nibong tu ialah edisi terakhir kat situ sebelum kawasan tu digunakan untuk bina depoh dan stesen laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara. Sebab tu kerajaan negeri kena cari lokasi lain supaya pesta ni boleh jalan terus sepanjang tempoh pembinaan tu.