Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dah keluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang melibatkan lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan, sah sampai jam 9 malam ni.
Kat utara, amaran ni kena seluruh negeri Perlis, manakala di Kedah pulak, kawasan Langkawi dan Kubang Pasu turut disenaraikan bakal kena ribut petir dan hujan lebat.
Selain Perlis dan Kedah, amaran sama turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, beberapa daerah di Pahang macam Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran, kawasan Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor, lagi satu Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor.
Menerusi kenyataan, MetMalaysia habaq amaran dikeluarkan bila ada tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm sejam yang hampir atau dijangka berlaku lebih sejam. Amaran jenis ni sah dalam tempoh tak lebih enam jam untuk setiap satu keluaran.
Penduduk kat kawasan-kawasan ni diminta jaga-jaga dan ambik langkah berjaga-jaga masa cuaca buruk ni, terutama yang selalu kena banjir kilat bila hujan lebat.