Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen habaq, campur tangan awal dan sokongan tepat pada masa penting untuk penjawat awam yang dikenal pasti berisiko tinggi masalah kesihatan mental. Ni susulan saringan MyPsyD peringkat kebangsaan yang meletakkan 55,169 penjawat awam dalam kategori berisiko tinggi, termasuk kecenderungan bunuh diri.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pula tegaskan angka tu hasil saringan, bukan diagnosis penyakit mental. Mereka yang dikenal pasti kena melalui pengesahan lanjut untuk tau tahap risiko dan tindakan susulan yang sesuai.
Gooi bagi tau kerajaan negeri ambik serius pasai isu ni. Pulau Pinang dah tubuhkan Jawatankuasa Kesihatan Mental Negeri pada 2024 bersama jabatan, agensi dan NGO. Lepas pengesahan, pegawai berisiko tinggi tapi stabil boleh dirujuk ke Klinik Kesihatan KKM, manakala yang dalam krisis dihantar terus ke hospital berdekatan. Talian HEAL 15555 pun dibuka setiap hari termasuk cuti umum, pukul 8 pagi hingga tengah malam, dan perkhidmatan komuniti ada di MENTARI Butterworth dan MENTARI Timur Laut.
Gooi turut seru ketua jabatan, penyelia dan rakan sekerja supaya wujudkan tempat kerja yang prihatin dan bebas stigma. Pengerusi Befrienders Penang, Saras Pillay pula puji JPA sebab ambik pendekatan proaktif.
"Early support and listening save lives, and creating an environment where people can speak openly is one of the strongest forms of prevention," kata Saras Pillay.