Mahkamah Majistret Kulim jatuhkan hukuman penjara tujuh hari kepada seorang penganggur, Muhamad Zani Ishak, 49, selepas dia mengaku bersalah mencuri barangan keperluan bernilai RM252.60 di sebuah pasar raya di Taman Makmur, Lunas, minggu lepas.

Majistret Nor Hamizah Mat Shah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan berkenaan. Hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap.

Mengikut pertuduhan, tertuduh curi dua bungkus serbuk Milo 1.8 kilogram, empat bungkus serbuk Milo 900 gram, sebotol syampu Head & Shoulders Cool, sebotol syampu Head & Shoulders Apple, empat botol syampu Head & Shoulders Lemon Shoulder Cool, serta dua botol Clear Men Shampoo Deep Clean. Kesalahan tu berlaku kira-kira pukul 10.52 pagi, 15 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Preeyaa, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Najihah Ahmad Zulkarnain.