ARAU – Seorang operator kilang berumur 39 tahun maut lepas kena langgar kereta lain masa dia cuba tolong mangsa kemalangan kat Jalan Kuala Perlis-Changloon, berhampiran Sungai Chempa, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi habaq, pihak polis dapat maklumat pasai kemalangan ni pukul 7.25 pagi, melibatkan dua buah kereta jenis Honda City dan Perodua Axia. Siasatan awal dapati pemandu Honda City, 36 tahun, tengah bawa kereta dari arah Arau menghala Ulu Pauh bila terlanggar lopak air atas jalan, terbabas ke kiri, lepas tu langgar pokok.
Lepas kejadian tu, operator kilang cuba tolong mangsa yang terlibat. Tapi masa sama, sebuah Perodua Axia pun terbabas ke kiri jalan dan langgar dua-dua mangsa ni sekali. Operator kilang tu tercampak masuk parit kat kiri jalan menghala Changloon dan disahkan meninggal dunia kat situ ja.
"Mayat mangsa yang meninggal dunia telah dibawa ke Unit Forensik HTF bagi menjalani proses bedah siasat pada pukul 3 petang. Siasatan kes masih dijalankan dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987," kata Ahmad Mohsin.
Pemandu Perodua Axia, 35 tahun, patah rusuk, manakala pemandu Honda City patah kaki dan rusuk. Dua-dua dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan lanjut.