Kerja jadi anggota Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) bukan kerja senang — kena berada dalam helikopter pada ketinggian 30 hingga 60 meter masa buat kerja padam kebakaran hutan. Tapi itu la cabaran yang dihadapi Pegawai Bomba Nurul Hazirah Mohamad Faizal, 24, yang kini bertugas kat Pangkalan Udara Wilayah Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Bertam, Seberang Perai Utara.
Nurul Hazirah ni antara tiga anggota wanita perintis dalam unit PASKUB kat negara ni. Dia habaq, minat nak sertai pasukan beruniform ni dah ada sejak kecil lagi, malah dulu dia lebih nak jadi askar ikut jejak bapak dia. Tapi keluarga tak galakkan, sebaliknya cadangkan dia cuba jadi anggota bomba sebab bapak saudara dia pun anggota bomba sekali.
"Sejak kecil saya bercita-cita untuk menjadi anggota beruniform ini dan di sekolah pun saya aktif dalam aktiviti kokurikulum," kata Nurul Hazirah.
Lepas tamat latihan kat Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Terengganu pada 2024, Nurul Hazirah terus diserap masuk PASKUB, manakala dua lagi rakan sepelatih wanita dia ditempatkan kat Pangkalan Udara Wilayah Tengah, Subang. Antara operasi paling mencabar buat dia ialah kerja padam kebakaran kat Gunung Semanggol, Bukit Merah tahun lepas, sekali dengan penerbangan ihsan bawa penduduk Orang Asli di Pos Kemar, Gerik, pi Hospital Ipoh untuk rawatan segera.
Nurul Hazirah kongsi cerita ni masa Hari Buletin 5.0 Bersama Bomba kat Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Bukit Mertajam, awal bulan ni — program yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.