Muhammad Adib Haikal Awang Mansor, 27, anak jati Kulim, Kedah, masih hilang di Nepal lepas banjir kilat dan tanah runtuh landa kawasan sempadan Nepal-Tibet pada 26 Ogos lepas. Adib hilang masa buat aktiviti mendaki kat Langtang Valley sama-sama dengan dua kawan lain, Muhammad Muhaimin Azhad Noor Hadi, 27, dan Muhammad Zaki Othman, 29.
Kawan rapat Adib, Luqman Hakim, 27, yang keja jurutera pengeluaran kat Perai, habaq dia sepatutnya join sekali dalam perjalanan tu, tapi terpaksa batal last minute sebab ada hal kecemasan. Depa kenal dah hampir 11 tahun dan sama-sama suka buat aktiviti larian serta mendaki.
"Saya sangat berharap Adib selamat pulang ke pangkuan keluarga." kata Luqman.
Luqman citer, kali last dia jumpa Adib sorang-sorang ialah 17 Jun lepas, masa depa mendaki sama kat Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam. Waktu tu Adib pun belum ada plan tetap nak pi Nepal.
Mesej last daripada Adib dalam group WhatsApp pendakian tu sekitar jam 9.24 pagi, 26 Ogos, sejam sebelum kejadian — masa tu dia minta Zaki hantar gambar yang diambik sehari sebelum tu. Lepas tu, Luqman dah berkali-kali cuba hubungi Adib tapi tak dapat sampai sekarang.
Luqman berharap perkembangan pasai tiga pendaki ni boleh diketahui segera, dan semua depa ditemui dalam keadaan selamat.