Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor pi ziarah keluarga empat budak yang lemas kat Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, Padang Serai baru-baru ni. Sanusi datang sekali dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merbau Pulas, Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali lepas habih tugas rasmi kat Kulim Hi-Tech Park (KHTP).

Empat budak yang meninggal tu ialah Muhamad Aeril Aziz Muhamad Zafis (12), adik tirinya Muhammad Arif Naufan Abdullah (8), lagi dua kawan depa iaitu Muhammad Zafril Arsyad Muhamad Azrin (12) dan Muhammad Iman Nuruddin Khairol Anuar (10). Kejadian sedih ni jadi hari Isnin lepas.

Depa dilaporkan main bola sepak sama-sama sebelum bola tu jatuh dalam longkang yang dalamnya tiga meter. Bila cuba nak ambik balik bola tu, depa tergelincir dan lemas dalam longkang berkenaan.

Masa ziarah tu, Sanusi bagi sumbangan sebagai tanda simpati kat keluarga mangsa. Lawatan tu sekali dengan Pegawai Daerah Kulim, Mohd Rizal Mohamad Radzi dan pemimpin-pemimpin setempat.

Sebelum tu, Sanusi rasmikan 'KHTP Unity Fun Walk 2026', sekali join perlawanan futsal antara Pasukan Pejabat Menteri Besar dengan Pasukan KHTP. Dia pun bagi penghormatan lepaskan konvoi Harley Owners Group (HOG) mai Hospital Kulim untuk program CSR, lagi satu hadir solat subuh berjemaah kat Masjid Al-Muhtadin, Sungai Seluang untuk program 'Subuh Macam Jumaat' anjuran Kulim Technology Park Corporation (KTPC).