Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ni tolak permohonan seorang pemilik akaun Facebook nak tangguh bayar ganti rugi RM250,000 kat Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, atas kes fitnah.

Pada 31 Julai lepas, mahkamah dah keluarkan perintah bayar ganti rugi tu lepas dapat hantaran Mohd. Nawawi Abdul Razak, 39, ada kaitkan Mohd. Asri — yang dikenali sebagai Maza — dengan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) sebagai fitnah kat pendakwah tu. Mahkamah pun arah defendan bayar kos RM50,000.

"Mahkamah dengan ini hanya membenarkan penggantungan bagi sebahagian sahaja iaitu setakat perintah penerbitan permohonan maaf manakala penggantungan bagi bahagian-bahagian lain dalam penghakiman mahkamah tersebut adalah ditolak," kata Pesuruhjaya Kehakiman, Rihaida Rafie.

Peguam Mohd. Nawawi, Dr. Mahmud Abdul Jumaat berhujah anak guam dia dak mampu nak bayar sekarang ni dan perlu masa cari bantuan kewangan. Tapi peguam pihak Mufti Perlis, Fatima Zulaikha Ahmad Bashri, habaq kesukaran kewangan ja dak cukup jadi sebab khas nak tangguh pelaksanaan penghakiman tu.