Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara sesak teruk sejak subuh tadi, lepas satu lori terbalik dalam kemalangan kat Kilometer 170.9, antara Bandar Baharu dengan Jawi. Semua lorong arah utara kena tutup, buat aliran trafik terhenti terus.

"Susulan terdapat kemalangan di KM170.9 arah utara dari Bandar Baharu ke Jawi. Semua lorong arah utara terhalang. Trafik terhenti. Rancang perjalanan anda. Segala kesulitan amatlah dikesali," kata LLM.

Sementara tu, siaran langsung salah seorang pengguna TikTok kat lokasi kejadian tunjuk kesesakan panjang - lori, bas, kereta semua tak bergerak sebab laluan terhalang tu.

Sampai sekarang, belum ada maklumat rasmi pasai punca kemalangan ni atau ada tak sesiapa cedera. Sapa-sapa nak guna laluan ni elok-elok rancang perjalanan dulu sebab keadaan masih belum reda.