KANGAR – Seorang lelaki terperanjat bila jumpa satu bungkusan guni reput yang disyaki ada rangka manusia kat kebunnya, depan sebuah kilang di Behor Mali, di sini hari ni.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop habaq, pihaknya terima laporan pasai penemuan tu pada pukul 10.48 pagi.

"Pengadu yang merupakan seorang lelaki tempatan memaklumkan terlihat satu bungkusan guni ketika sedang menjalankan kerja meracun di kebunnya kira-kira pukul 10.20 pagi." kata Yusharifuddin.

Beliau habaq lagi, pemeriksaan awal dapati bungkusan tu dah reput dan disyaki ada rangka manusia. Sebaik ja terima maklumat berkaitan, sepasukan anggota terus bergegas ke lokasi untuk buat pemeriksaan dan kumpul bukti lanjut pasai kejadian tu.

Bungkusan dan bahan yang jumpa kat lokasi diambik jadi barang kes untuk pemeriksaan lanjut, dan bakal dihantar ke unit forensik untuk tentukan sama ada ia betui-betui tulang manusia. Kes ni belum diklasifikasikan dalam mana-mana kategori sebab siasatan masih jalan untuk dapatkan petunjuk seterusnya.