ARAU – Seorang pembantu pustakawan kena dengan kejadian tak senonoh bila seorang lelaki buat perangai lucah kat Perpustakaan Desa Padang Siding, kat sini, hari ni. Bukan tu ja, duit tunai RM390 mangsa pun turut hilang dicuri lelaki tu masa dia pi mintak bantuan.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, habaq kejadian jam 11 pagi tu berlaku masa mangsa, wanita berusia 37 tahun, tengah bertugas kat kaunter perpustakaan. Suspek masuk dalam premis tu dan duduk bersandar kat sofa yang terletak sebelah kaunter tempat mangsa bertugas.
"Suspek dan pengadu pada awalnya sempat berbual sebelum wanita itu menyedari suspek yang sedang bersandar itu melakukan perbuatan tidak senonoh," kata Ahmad Mohsin.
Panik dengan kejadian tu, mangsa lari keluar perpustakaan mintak tolong kawan dia, seorang pembantu Tadika KEMAS berusia 44 tahun yang kerja berhampiran, untuk halau lelaki tu. Depa berdua lepas tu masuk balik dalam perpustakaan dan nampak suspek masih ada situ, buat lagi perbuatan tak senonoh tu sebelum berjaya dihalau keluar bangunan.
Lepas suspek beredar, mangsa check beg duit dia yang letak bawah kaunter, rupanya duit tunai RM390 dah hilang. Polis syak duit tu dicuri masa mangsa tengah lari keluar mintak bantuan tadi. Suspek berpakaian serba hitam, berseluar pendek hitam, lari guna motosikal Yamaha Y15ZR warna kelabu yang nombor pendaftaran dia belum dapat dikesan. Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan, kes disiasat ikut Seksyen 380 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.