BALING – Misteri pasai seorang lelaki warga emas yang dak mai kerja tiga hari berturut-turut akhirnya terjawab bila dia ditemui dah meninggal dunia di rumahnya sendiri di Kampung Haji Abas, sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe habaq, pihak polis terima panggilan pasai penemuan mangsa berusia lingkungan 60-an tu pada pukul 11.37 pagi.
Katanya, siasatan awal dapati mangsa dak mai kerja di sebuah kuari batu di Kampung Bawah Gunung sejak tiga hari lepas, sebelum penyelia dia pi rumah nak cari sebab risau.
"Apabila tiba di rumah, penyelia mangsa mendapati lelaki itu berada di atas sofa di ruang tamu sebelum menghubungi polis dan bomba bagi mendapatkan bantuan membuka pintu rumah," kata Brandon Richard Joe.
Mayat mangsa lepas tu dibawa ke Unit Forensik Hospital Baling nak dibedah siasat. Hasil bedah siasat dapati punca kematian ialah coronary atherosclerosis atau penyakit jantung, dan kes ni diklasifikasikan sebagai mati mengejut.