Sambutan Hari Malaysia kat Kampung Sungai Papan, Mukim Tebengau, Kuala Kedah jadi lain macam bila komuniti kat situ bina replika Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) setinggi 6.2 meter. Replika ni hasil idea kreatif penduduk kampung, guna lebih 4,200 botol plastik terbuang yang depa kutip dari pantai untuk buat pintu masuk kampung.

Ketua Komuniti Kampung Sungai Papan, Azhar Mohamad Noh, habaq penduduk kampung bergotong-royong kumpul botol plastik dan sediakan bahan yang perlu sebelum mula buat replika tu. Proses awal bermula dengan bina kerangka besi berbentuk menara berkembar yang jadi ikon negara, sampai siap sepenuhnya awal bulan lepas. Kaum wanita kampung pulak jahit replika bunga raya sebagai pelengkap karya komuniti ni.

"Cara komuniti kami melaksanakan inisiatif ini adalah dengan memberi pendedahan kepada generasi terkini." kata Azhar Mohamad Noh.

Azhar cakap depa risau generasi muda sekarang kurang terdedah dengan semangat patriotik dan nilai cinta negara, sebab tu depa nak terapkan semangat tu dalam diri budak-budak muda melalui program macam ni yang boleh bina jati diri dan rasa tanggungjawab kat negara. Semua kos program ni ditanggung hasil sumbangan anak-anak perantau dan masyarakat kampung yang duduk luar kawasan, sama ada di Kuala Lumpur, Sabah, atau Sarawak.

Lagi satu, kampung ni memang selalu buat aktiviti macam ni, termasuk program khidmat masyarakat macam penanaman pokok bakau yang libatkan pelajar universiti serta majlis keramaian.