GEORGE TOWN - Muhammad Adam Iskandar Azharunaim, 20, dulu pernah tolak tawaran nak sambung belajar ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) walaupun dapat keputusan SPM yang cemerlang, sebab dia kena jaga ibu yang sakit kanser sekali jaga adik-adiknya.
Anak sulung daripada empat beradik ni pilih nak sambung Tingkatan Enam ja supaya senang nak uruskan ibu dan tiga orang adiknya, termasuk si bongsu yang OKU sebab ada kecacatan kat bahagian kaki.
Bila dapat tawaran masuk Universiti Sains Malaysia (USM) pulak, Adam mengaku dia berbelah bahagi antara cita-cita dengan tanggungjawab jadi ketua keluarga, lepas bapanya meninggal dunia akibat Covid-19 lima tahun lalu.
"Alhamdulillah, perancangan Allah itu amat sempurna. Walaupun sedih kerana ibu telah pergi pada 24 Ogos lalu, tapi, Allah lancarkan segala urusan saya dan saya akhirnya berada di sini (USM)," kata Muhammad Adam.
Sekarang ni Adam bersyukur sebab adik bongsunya, Muhammad Ashraf Iskandar, 16, tengah ambik kursus kulinari bawah program pendidikan khas, manakala Nur Aleesya Syafiyah, 17, pulak tengah bersiap sedia nak duduk SPM. Seorang lagi adiknya, Nur Alya Syafiah, 19, kini berada di Kuala Lumpur dijaga oleh ibu saudaranya sebab disahkan menghidap penyakit genetik berkaitan kanser yang dipercayai diwarisi daripada arwah ibu depa.