KANGAR – Kempen Mai Derma Darah Siri Ke-40 anjuran UMNO Bahagian Kangar bersama Puteri UMNO Bahagian Kangar, Persatuan Sukarelawan Kasih Kangar dan Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Tuanku Fauziah berjaya kumpul 135 pek darah, jauh lebih dari sasaran asal 69 pek. Program yang jalan lima jam dari 9 pagi sampai 2 petang tu diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69.

Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya habaq kempen ni dibuat secara berkala tiap bulan sejak April 2023, dan kali ni dah masuk siri ke-40. Kata dia, penganjuran bulan Ogos ni lagi istimewa sebab bertepatan dengan sambutan kemerdekaan, dengan sasaran 69 penderma sebagai simbolik 69 tahun merdeka.

"Matlamat kita untuk 69 orang telah tercapai, sempena 69 tahun kemerdekaan. Kita membantu kerana setitis darah kita, insya-Allah mampu menyelamatkan nyawa manusia," kata Fathul Bari.

Fathul Bari cakap depa nak sokong usaha Hospital Tuanku Fauziah dan NGO Kasih Negeri Perlis yang konsisten buat kempen ni tiap bulan sampai siri ke-40. Katanya, kempen macam ni penting untuk jaga stok darah hospital yang makin banyak keperluan, lagi-lagi bila kes kecemasan bertambah.

Selain bantu pesakit yang perlukan darah, kempen ni pun tolong sedarkan orang ramai pasai kepentingan derma darah secara konsisten, sekali gus bagi manfaat kesihatan kat penderma sendiri. Sebagai tanda penghargaan, pihak penganjur ada sediakan 100 helai Baju Merdeka Edisi Khas untuk peserta yang sertai program ni.