Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Pulau Pinang berjaya gagalkan cubaan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa yang guna jalan laut, sekali gus rampas dadah jenis Methamphetamine bernilai RM5.69 juta pada 17 Julai lalu.

Serbuan bernama Op Taring Gelora ni dibuat oleh Unit Risikan Marin (URM) dengan bantuan Bot Ronda PSC 60 dan PSC 45, dan berjaya tangkap dua lelaki Indonesia yang disyaki jadi "transporter" bawa dadah tu ke negara jiran.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri, habaq pasukan depa kesan bot fiber tu lebih kurang 7 batu nautika kat Selatan Pulau Rimau. Bila nampak pasukan marin, suspek terus pecut laju bot tu nak lari ke negara jiran sambil buat pelbagai manuver bahaya nak elak ditangkap. Lepas kejar dekat 30 minit, bot tu berjaya diberhentikan jugak.

"Kita masih menjalankan siasatan berhubung sumber bekalan dadah termasuk dalang disebalik penyeludupan dadah itu," kata Mohd. Yusri Hassan Basri.

Hasil pemeriksaan jumpa 113 kilogram dadah disyaki Methamphetamine bernilai RM5.68 juta, lagi satu 3,497 kartrij vape yang ada cecair disyaki Methamphetamine seberat 6.3kg bernilai RM315,000. Dadah tu depa sorok dalam bungkusan teh Cina, letak dalam sebuah beg karung kat bahagian depan bot. Jumlah keseluruhan nilai dadah dan bot yang kena rampas ni sampai RM6.12 juta.

Siasatan dapati suspek ambik upah RM10,000 seorang untuk setiap perjalanan bawa dadah. Kedua-dua suspek, berumur 30 dan 51 tahun, kini direman tujuh hari untuk bantu siasatan ikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Rampasan ni bukan setakat gagalkan cubaan seludup dadah ke Indonesia, malah halang pengedaran syabu yang mampu bekal kepada lebih 570,000 penagih, sementara cecair dadah dalam vape pula cukup untuk 31,500 penagih.