JPJ Pulau Pinang berjaya sita 11 kenderaan mewah termasuk sebuah Lamborghini Huracan yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta, dalam Operasi Luxury yang dibuat di beberapa lokasi dalam negeri tu pada 3 September lepas.

Menurut JPJ, semua kenderaan ni kena sita lepas depa jumpa kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang dah tamat tempoh, sekali dengan takdak perlindungan insurans yang sah. Kerugian hasil kerajaan sebab kegagalan bayar cukai jalan ni dianggar dah lebih RM20,000.

Kenyataan JPJ habaq, antara yang mencuri tumpuan dalam sitaan tu ialah Lamborghini Huracan berkenaan, yang dipandu guna LKM dah tamat tempoh sejak Jun lepas. Nilai LKM tahunan untuk kereta mewah berspesifikasi tinggi macam Lamborghini ni boleh sampai RM12,000 setahun.

JPJ tegaskan nilai atau status sesebuah kenderaan tu bukan tiket untuk pemilik langgar peraturan. Tindakan penguatkuasaan bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan jalan secara telus tanpa kompromi, termasuk untuk pemilik kereta mewah.

JPJ Pulau Pinang sekali ingatkan semua pemilik kenderaan, lagi-lagi golongan berkemampuan yang ada kereta mewah, supaya jangan ambik mudah kewajipan perbaharui LKM dan pastikan insurans sentiasa sah.