Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang habaq depa dah periksa sebanyak 19,239 kenderaan dan keluar 1,328 saman kat pemandu warga asing lewat Op Khas Pemandu Warga Asing (PeWA), untuk tempoh 1 Januari hingga hari ni.
Pengarah JPJ Pulau Pinang, Zulkifly Ismail, cakap daripada jumlah tu, 638 kenderaan kena tindakan manakala 178 kenderaan kena sita sebab langgar peruntukan bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Terdapat warga asing dikesan memandu kenderaan mewah terdiri daripada warga China dan Myanmar dan ada antara mereka merupakan golongan profesional yang memiliki kenderaan sendiri," kata Zulkifly Ismail.
Operasi ni dijalankan secara berterusan untuk banteras warga asing yang pandu kenderaan tanpa lesen memandu yang sah, habaq Zulkifly lagi. Bukan setakat pemandu asing ja yang kena, tapi pemilik kenderaan dan syarikat pengangkutan yang didapati bagi kenderaan depa untuk dipandu orang tak berlesen pun kena tindakan sama.